Untuk memudahkan anda, sila KLIK pada capaian pada sebelah kiri mengikut kategori dan tajuk pilihan anda.

Selamat Maju Jaya!

Saturday, August 6, 2011

Kemahiran Membaca

DEFINISI :

Kemahiran membaca adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara. Ia adalah proses komunikasi antara pembaca dengan penulis.


KAEDAH MEMBACA

1) SKIMMING (LUNCURAN)

Definisi : Kemahiran membaca untuk mendapatklan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat.

  • Sesuai untuk buku, jurnal dan majalah.
  • Memberi tumpuan idea penting setiap perenggan.
  • Mendapatkan gambaran umum.
  • Perhatian kepada : pengenalan, isi kandungan, tajuk utama dan rumusan akhir.

Tujuan :

  1. Untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
  2. Mendapatkan pandangan umum mengenai maklumat segera.

2) SCANNING (IMBASAN)

Definisi : Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.

  • Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam.
  • Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci.
  • Memberikan perhatian pada data, rajah dan grafik.

Tujuan :

Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.

3) BACAAN INTENSIF

  • Untuk mendapatkan maklumat terperinci.
  • Bacaan Intensif memerlukan:

~ Tumpuan

~ Ketekunan

~ Masa yang lebih

Tujuan :

Untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.


4) BACAAN LAJU

Menumpukan perhatian dan pemikiran:

  • Membaca cepat seluruh buku.
  • Membaca cepat senarai bab.
  • Membaca cepat semua bahagian.
  • Membaca cepat semua perenggan.

Pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda-tanda perbezaan seperti berikut:

  • tulisan condong
  • tulisan bergaris
  • tulisan tebal
  • fakta yang bersiri. Cth: ( 1, 2, 3…)
  • fakta yang berabjad (a, b, c .. )
  • Bentuk grafik, jadual, gambarajah, statistik, carta dan sebagainya.
  • Melalui rangkaikata awalan. Contoh: sebaliknya;
  • Mengingat dengan :

~ Mengingat isi yang senang kepada yang

susah.

~ Membaca yang diikuti catatan nota.

~ Berfikir dengan cergas


SQ3R :

SURVEY

Membuat tinjauan untuk mendapat gambaran keseluruhan bab yang akan dibaca.

QUESTION

Membina soalan semasa membaca agar fikiran sentiasa mencari jawapan.

READ

Mula membaca dengan mengenalpasti, memahami dan mencatat fakta utama, gambarajah, peta, gambar dan sebagainya yang difikirkan penting.

RECITE

Berusaha melafaz fakta utama dan cuba mengingatnya.

REVIEW

Mengulangkaji isi-isi penting yang dicatat dan cuba mengingatnya.



PERKARA-PERKARA PENTING DALAM TEKNIK MEMBACA


  1. Pastikan diri anda berada dalam keadaan segar dan sihat sebelum membaca.
  2. Sediakan semua peralatan untuk aktiviti membaca dengan lengkap
  3. Sediakan secukupnya bahan yang akan dibaca.
  4. Duduk membaca di tempat yang sesuai dan selesa
  5. Tetapkan tajuk yang hendak dibaca
  6. Tetapkan jumlah muka surat yang hendak dibaca.
  7. Tetapkan jumlah masa untuk menyelesaikan aktiviti membaca
  8. Tumpukan perhatian sepenuh-nya semasa aktiviti membaca.
  9. Duduk dengan cara yang betul semasa membaca.
  10. Mulakan dengan membaca doa.
  11. Sentiasa mengawal fikiran supaya tidak diganggu oleh perkara-perkara lain
  12. Fahami bersungguh-sungguh apa yang baca.
  13. Gunakan penunjuk ketika membaca
  14. Gunakan tanda simbol, warna dan sebagainya bagi membezakan isi-isi penting.
  15. Buat catatan isi-isi penting di atas kertas lain.


LANGKAH-LANGKAH MENJADIKAN PEMBACAAN BERKESAN


  1. Teliti perkara utama bahan yang sedang dibaca.
  2. Teliti persoalan yang sedang dihuraikan.
  3. Hubungkan perkara yang sedang dihuraikan dengan pengalaman anda.
  4. Fahami makna perkataan atau istilah yang digunakan.
  5. Fahami keseluruhan bahan yang dibaca.
  6. Ingat kembali apa yang telah dibaca
  7. Buat catatan ringkas.
  8. Bandingkan catatan dengan nota asal
  9. Buat tambahan isi-isi yang tertinggal.
  10. Ingat apa yang dicatat.

No comments:

Post a Comment