Teknik Merangsang Minda Ke Arah Kecemerlangan
1. Kuasai diri dan wujudkan kesedaran untuk berjaya
· Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti apakah perkara negatif dalam diri anda yang perlu diubah
· Tumpukan konsentrasi anda bahawa perkara itu perlu diubah dan digantikan dengan perkara positif supaya dapat memenuhi matlamat semasa
· Ingatkan diri bahawa hanya anda sahaja yang dapat mengubahnya.
· Jangan menggantungkan harapan pada orang lain untuk mengubahnya
· Yakin, insyaAllah anda dapat mengubahnya apabila anda bertekad dengan bersungguh-sungguh untuk mengubahnya.
2. Gugat pertalian semasa yang dapat menghalang kejayaan
· Lakukan perkara positif dan luar biasa bagi menggugat pertalian semasa misalnya membuang amalan, kebiasaan atau perkara yang menjadi penghalang seperti sifat-sifat negatif atau amalan-amalan yang tidak menguntungkan diri seperti tidak yakin dengan kemampuan diri, seringkali membuat tanggapan negatif, selesa dengan keadaan yang ada dan takut mencuba perkara baru, malas befikir, suka bertangguh, sambil lewa, cepat puas hati dan sebagainya.
· Anda dapat ‘gugat’ dengan pelbagai cara seperti berikrar pada diri sendiri (dapat dijelmakan dalam bentuk tulisan), selalu mengingatkan diri (self talk), meminta orang lain membuat teguran atau peringatan dan sebagainya.
· Apabila tidak cukup gugat, anda tidak dapat bertahan lama dan mudah kembali ke perangai atau amalan lama.
3. Bentukkan pertalian baru yang berpengaruh sehingga menjadi sebati dengan diri anda. Ia dapat dilakukan seperti berikut:
· Bayangkan situasi pada masa lalu di mana anda berada dalam keadaan bersemangat dan berkeyakinan tinggi. Misalnya selepas anda menerima keputusan PMR dan anda memulakan persekolahan di Tingkatan 4, anda berazam dan penuh bersemangat untuk belajar dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM. Pada masa itu anda begitu bermotivasi seperti bersungguh-sungguh belajar, konsentrasi anda di dalam kelas pada tahap 100 peratus, belajar dalam keadaan yang seronok dan sebagainya.
· Lakukan perkara yang unik atau janggal. Misalnya menepuk peha kanan dengan tangan kiri menggunakan dua jari sahaja ataupun menarik telinga kiri dengan tangan kanan menggunakan jari telunjuk dan jari hantu sahaja melalui belakang kepala anda. Pastikan aktiviti yang dilakukan tidaklah sampai menyakitkan anda.
· Lakukan 2 langkah awal tadi berulangkali sehingga sebati. Akhirnya anda akan dapat mencapai situasi di mana anda kembali bersemangat seperti dahulu. Apabila anda dapat melakukan tindakan langkah kedua (misalnya menarik telinga kanan dengan tangan kiri menggunakan jari telunjuk dan jari hantu sahaja melalui belakang kepala anda) dengan selesa bermakna anda sudahpun bersedia melakukan perubahan.
4. Bentuk komitmen diri yang tinggi dan latih supaya anda percaya pada orang lain. Anda sentiasa percaya bahawa orang lain sentiasa bersedia membantu anda, bantuan mereka memang diperlukan, sumbangan mereka tetap berguna walaupun dalam kadar yang kecil dan sebagainya.
5. Tukar perlakuan bagi mengubah perasaan. Ini dapat dicapai dengan melakukan gerakan tertentu yang dapat memulih ataupun menaikkan semangat anda. Misalnya : menggenggam penumbuk ke udara sambil menjerit sebanyak tiga kali ‘eyah….eyah…eyah’ atau ‘yes….yes…yes’.
6. Manusia mudah lupa. Apabila menyedari ataupun disedarkan oleh orang lain bahawa anda menyusut kembali ke tahap asal iaitu semangat belajar semakin berkurangan dan kembali mengamalkan sifat-sifat negatif, maka anda perlu bertindak segera. Gunakan teknik merangsang minda dan lakukan semula kaedah yang sudah digunakan.
7. Minda anda dapat dirangsang dengan menghayati kata-kata hikmat.
· Orang yang cemerlang mempamerkan hasil tetapi orang yang gagal sentiasa mengemukakan alasan
· Sedar ataupun tanpa sedar, kitalah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.
· Ramai manusia yang gagal dalam hidup kerana mereka membesar-besarkan perkara yang kecil dan memperkecil-kecilkan perkara yang besar.
· Apabila semua orang ingin berjaya, maka mencipta kejayaan itu lebih mudah daripada mencipta kegagalan.
Strategi Membentuk Sikap Positif
Bersangka baik
Asas pembentukan sikap positif adalah sangka baik. Sikap terbentuk akibat kebiasaan. Selalulah mempunyai sangka baik pada diri sendiri. Allah menjadikan anda lengkap dengan pelbagai keperluan asas untuk berjaya. Anda dikurniakan akal, ingatan, tubuh badan yang sihat dan anggota badan yang lengkap, pancaindera yang cukup dan kalbu yang mahu berjaya. Jangan menghalang diri anda daripada mencapai kejayaan.
Jangan banyak alasan
Fikir untuk membuat atau bertindak
Sekiranya anda sendiri tidak yakin pada kebolehan anda, janganlah harapkan orang lain dapat yakin pada kepada anda. Itulah antara petua asas yang dipegang oleh insan yang benar-benar mahu berjaya. Keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang cukup dan yakin pada janji Allah. Sesungguhnya siapa yang rajin berusaha pasti akan berjaya, walau dalam bidang apa sekalipun. Sentiasalah menghisab dan menilai diri anda bagi meningkatkan keyakinan diri
No comments:
Post a Comment