Peringkat 1:
- Menyediakan persiapan awal-awal lagi:
= perlu ada jadual waktu persendirian
= gunakan “study skill”
= pemakanan yang seimbang / berzat
= Suasana pembelajaran yang kondusif / selesa.
=
Ø Jawab dengan tenang
Ø Bersungguh-sungguh
Ø Dalam jangka masa yang ditentukan
Ø Jawab dengan lengkap
Ø Yakin untuk dapat markah yang terbaik
Peringkat 2:
= persediaan beberapa minggu terakhir sebelum menjelangnya peperiksaan
= belajar dan mengulangkaji secara kumpulan
Peringkat 3 :
= persediaan di minggu terakhir sebelum hari peperiksaan – jaga kesihatan dan cukup tidur
Peringkat 4 :
= pada hari peperiksaan sebenar – yakin pada diri sendiri tentang keupayaan kita
= beribadat dan berdoa kepada Allah
Peringkat 5:
= peringkat semasa berada di dewan peperiksaan – bertenang, bersabar dan jangan gemuruh atau ada perasaan tertekan / panik.
= kenal pasti tempat duduk anda dan rakan sekeliling anda semasa di dewan peperiksaan.
Peringkat 6:
= selepas peperiksaan – teruskan dengan aktiviti yang berfaedah seperti hobi membaca, membantu kerja ibu bapa dll.
Panduan Menghadapi Peperiksaan
1. Anda perlu mengetahui Sukatan Pelajaran dan kandungan peperiksaan. Panduan boleh diperolehi daripada buku-buku teks, buku rujukan, ulangkaji atau bertanyakan guru.
2. Dapatkan bantuan guru anda untuk memperkukuhkan lagi kefahaman dan ingatan anda.
3. Bertanya kepada guru tentang soalan-soalan yang mungkin keluar dalam peperiksaan nanti.
4. Menyenaraikan perkara-perkara yang perlu anda beri tumpuan mengikut keutamaan dan
5. Dapatkan soalan-soalan lepas, kaji dan
6. Bincang dengan kawan-kawan mengenai masalah yang belum dapat anda selesaikan dan dapatkan pertolongan mereka jika anda belum bersedia.
7. Semak Jadual peperiksaan dan buat satu jadual terakhir untuk ulangkaji secara ringkas dan padat.
8. Rujuk kembali nota-nota ringkas, gambar rajah penting dan ingati fakta-fakta utama.
9. Dapatkan tidur yang cukup, rehat yang cukup dan makan yang cukup dan seimbang.
10. Berikan tumpuan yang sepenuhnya, tidak berbelah bagi kepada semua pelajaran anda.
Sebelum anda mula menjawab anda perlu membaca arahan-arahan peperiksaan dan tentukan:
Ø MASA yang diberikan untuk anda menyudahkan peperiksaan itu.
Ø PANJANG kertas soalan – beberapa soalan dan beberapa bahagian yang perlu dijawab.
Ø PILIHAN yang diberikan –adakah anda boleh memilih soalan atau bahagian-bahagian tertentu atau anda diarahkan untuk menjawab semua soalan dan bahagian?
Ø MARKAH yang diperuntukan – anda perlu mengetahui pembahagian markah ke atas setiap soalan dan bahagian dalam peperiksaan itu.
Ø KEMUDAHAN yang diberikan – anda perlu mengetahui apakah kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh pengawas seperti kertas kosong dan lain-lain peralatan.
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
CARA MENJAWAB – bagaimanakah anda seharusnya menjawab setiap soalan, adakah dengan cara menanda di kertas jawapan, mengisi tempat kosong, membuat bulatan atau tanda pangkah pada jawapan yang betul.
Jika soalan esei, sepanjang manakah jawapan yang diperlukan?
Adakah memadai dengan menjawab dalam bentuk catatan ringkas?
Mulakan menjawab dengan bacaan BISMILLAH …………………….
1. Beri tumpuan teliti kepada sebarang penerangan yang diberikan oleh pengawas peperiksaan. Ikut dan patuhlah apa jua arahan yang dikeluarkan.
2. Bahagikan masa dengan bijak. Peruntukan sedikit masa (5 – 10 minit) di penghujung peperiksaan untuk membolehkan anda menyemak kembali semua jawapan.
3. Buat soalan yang senang dahulu. Pastikan anda menanda soalan-soalan yang belum dijawab, agar anda tidak meninggalkan terus soalan tersebut.
4. Baca soalan dengan hati-hati. Pastikan anda betul-betul memahami kehendak soalan itu.
5. Jawab dengan hati-hati. Berikan jawapan yang paling anda yakini.
6. Buat rangka jawapan. Tentukan setiap isi mempunyai huraian dan hujah-hujah yang tepat dan bernas.
7. Jangan panik. Kawal perasaan semasa menghadapi peperiksaan.
8. Semak semula jawapan anda sebelum peperiksaan tamat.
Cara-cara menjawab soalan objektif
1. Baca soalan dengan teliti.
2. Baca semua soalan dengan teliti
3. Olah semula soalan supaya anda mudah memahaminya.
4. Jika jawapannya sudah pasti dan diyakini sepenuhnya, tandalah jawapan tersebut di tempat yang disediakan dengan jelas. Jika tidak, ikutilah cara berikut:
Ø Tandakan (X atau bulatkan) jawapan-jawapan yang paling tidak tepat atau yang paling tidak munasabah (proses eliminasi).
Ø Setelah eliminasi, pilihlah jawapan yang anda fikir paling tepat. Tandakan jawapan dengan baik.
5. Gunakan maklumat yang terkandung di dalam soalan-soalan dan jawapan-jawapan lain yang telah anda berikan. Kadang-kadang soalan / jawapan lain itu mengandungi maklumat yang boleh membantu ingatan anda.
6. Gunakan gerak hati (intuition) anda untuk memilih jawapan yang betul. Biasanya pilihan pertama lebih baik daripada pilihan kedua.
daripada: Hamzah
No comments:
Post a Comment