Untuk memudahkan anda, sila KLIK pada capaian pada sebelah kiri mengikut kategori dan tajuk pilihan anda.

Selamat Maju Jaya!

Tuesday, February 26, 2013

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata


1.       Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama’
2.       Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan.  Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.  – Peribahasa Arab
3.       Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
4.       Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richar Brinsley Sheridan
5.       Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
6.       Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa sahaja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
7.       Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
8.       Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
9.       Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
10.   Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
11.   Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya.  Yang berani mati hanyalah sekali.
12.   Hidup biar berbakti, walaupun tidak dipuji.
13.   Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
14.   Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.  Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.  Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
15.   Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
16.   Barang siapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
17.   Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
18.   Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam-diam sahaja.
19.   Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. – Surah Ali Imran : 159
20.   Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Wednesday, August 29, 2012

Video Persaraan Saya..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. Syukur di atas segala limpah kurnianya.. Pada tanggal 15 Ogos yang lalu genaplah usia saya 56 tahun.. Syukur.. Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan ke hadrat-Nya kerana Dia banyak mempermudahkan segala urusan hidup saya sepanjang di atas lantai bumi yang kian usang ini..

Pada tarikh 14 Ogos 2012, seperti yang telah termaktub sebagai suratan dunia ini, maka sampailah saat untuk saya berpisah dengan kerjaya yang amat saya cintai ini.. Iyalah, bukan mudah sebenarnya bergelar seorang guru.. Pelbagai onak cabaran yang perlu saya tempuhi sepanjang bergelar pendidik demi membantu anak bangsa kita agar menjadi modal insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.. InsyaAllah..

Saya cuba untuk masukkan video yang ditayangkan semasa majlis persaraan saya baru-baru ini.. Tetapi ada sedikit ralat yang berlaku.. InsyaAllah saya akan masukkan pada entri berikutnya nanti..

Buat anak-anak Mahkota, teruskan berhubung dengan saya.. Sama ada melalui blog, mahupun telefon bimbit .. InsyaAllah selagi ada nafas dan daya upaya, saya akan sentiasa mencuba untuk membantu anak-anak Mahkota dalam usaha menjadi manusia yang berguna di dunia dan di akhirat.. InsyaAllah..

Salam Sayang..

Wednesday, December 7, 2011

For those who take VITAMIN C, please, avoid eating SHRIMP!


Please read if you eat shrimps - Very Educative


A woman suddenly died unexpectedly with signs of bleeding from her ears, nose, mouth & eyes.
After a preliminary autopsy it was diagnosed that death was due to arsenic poisoning.
Where did the arsenic come from?

The police launched an in-depth and extensive investigation. A medical school professor was invited to come to solve the case.


The professor carefully looked at the contents. In less than half an hour, the mystery was solved.

The professor said: 'The deceased did not commit suicide and neither was she murdered, she died of accidental death due to ignorance!'

Everyone was puzzled, why accidental death?

The professor said: 'The arsenic was produced in the stomach of the deceased.' The deceased used to take 'Vitamin C' everyday, which in itself is not a problem. The problem was that she ate a large portion of shrimp/prawn during dinner. Eating shrimp/prawn is not the problem that's why nothing happened to her family even though they had the same shrimp/prawn. However at the same time the deceased also took 'vitamin C', that is where the problem was!

Researchers at the University of Chicago in the United States , found through experiments, food such as soft-shell contain much higher concentration of five
potassium arsenic compounds.

Such fresh food by itself has no toxic effects on the human body.

However, in taking 'vitamin C', chemical reaction occurs and the original non-toxic elements change to toxic elements.

Arsenic poisoning has magma role and can cause paralysis to the small blood vessels. Therefore, a person who dies of arsenic poisoning will show signs of bleeding from the ears, nose, mouth & eyes. Thus as a precautionary measure,

DO NOT eat shrimp/prawn when taking 'vitamin C'.

After reading this; please do not be stingy. Re-share to your friends.

Sunday, December 4, 2011

10 Muharram

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 1. Berpuasa hari ‘Asyura (10 Muharram @ 5hb Dis '11).


Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya:

"Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)


Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;

Sesiapa yg berpuasa pd hari ‘Asyura yakni 10 Muharram (5hb Dis '11), maka Allah akan memberikan pahala 10,000 malaikat, dan akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid;

dan sesiapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari ‘Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan sehelai rambut satu darjat.

dan sesiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pd hari ‘Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW.




Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;

"Sesiapa yg berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & sesiapa yg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun."




Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura, maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)


Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram @ 4hb Dis '11)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)






PERINGATAN


1- Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 ATAU dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu hari ke-9,ke-10 dan ke-11 Muharram, bersamaan 4, 5 dan 6hb Dis ‘11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.



Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (Al Baihaqi)



Maksud Hadis:

Sesiapa berpuasa mana-mana satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.



2- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.





Perkara yang disunatkan pada hari ‘Asyura:



1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.

Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin.

Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah.

Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


4. Menunjukkan orang sesat.

Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim.

Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


6. Bersedekah.

Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri.

Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat.

Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."


9. Bercelak.

Fadhilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.

Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat.

Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.


12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadhilat - semuga Allah merahmati hidup kita.


13. Menjamu orang berbuka puasa.

Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Peristiwa-peristiwa penting di bulan Muharam:


1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.



Peristiwa-peristiwa Pada 10 Muharam juga telah berlaku:


1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.



Ibnu Abbas ra mengatakan:

"Jika datang Hari Raya, hari Asyura', hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya'ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata:

"Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkat ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini”.

Sama-samalah kita berusaha kearah kebaikan, kerana kita tidak tahu samada kita masih berpeluang untuk melakukannya di masa hadapan.


taken and edited from: http://sweetlovelydreamsmemories.blogspot.com

Tuesday, October 25, 2011

Membuat Jadual Ulangkaji Untuk Persediaan Peperiksaan - Teknik Reverse

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK SERI MAHKOTA, UMBAI, 77300 MERLIMAU, MELAKA

TIPS PEPERIKSAAN


Langkah-langkah:-

  1. Senaraikan semua kertas peperiksaan yang akan diambil.
  2. Susun semula senarai tersebut dengan cara mengundur (reverse).
  3. Kirakan jumlah kertas tersebut. Tetapkan jumlah kertas yang akan diulangkaji dalam masa satu hari.
  4. Kira jumlah hari yang ada.
  5. Mulakan mengulangkaji kertas yang paling akhir.
  6. Sebaik-baiknya buatlah tiga kali pusingan mengulangkaji.
  7. Seharusnya kertas yang paling akhir yang akan anda ulangkaji adalah kertas pertama dalam peperiksaan sebenar.

Contoh Jadual:-

  • Kelas: 5 Dedikasi SMKSM

Tarikh

Hari

Subjek

Masa

27.10.11

Khamis

Ekonomi Asas (Kertas 2)

Ekonomi Asas (Aneka Pilihan) Kertas 1

28.10.11

Jumaat

Pendidikan Seni Visual – Seni Halus ( 2)

Perdagangan (Kertas 2)

Perdagangan (Aneka Pilihan) Kertas 1

29.10.11

Sabtu

Science (Kertas 2)

Science (Aneka Pilihan) Kertas 1

30.10.11

Ahad

Pendidikan Islam (Kertas 2)

Pendidikan Islam (Kertas 1)

31.10.11

Isnin

Mathematics (Kertas 2)

Mathematics (Kertas 1)

01.11.11

Selasa

Sejarah (Kertas 2)

Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1

02.11.11

Rabu

Bahasa Inggeris (Kertas 2)

Bahasa Inggeris (Kertas 1)

03.11.11

Khamis

Bahasa Melayu (Kertas 2)

Pendidikan Seni Visual – Teori Seni (1)

Bahasa Melayu (Kertas 1)

04.11.11

Jumaat

Ekonomi Asas (Kertas 2)

Ekonomi Asas (Aneka Pilihan) Kertas 1

05.11.11

Sabtu

Pendidikan Seni Visual – Seni Halus ( 2)

Perdagangan (Kertas 2)

Perdagangan (Aneka Pilihan) Kertas 1

06.11.11

Ahad

Science (Kertas 2)

Science (Aneka Pilihan) Kertas 1

07.11.11

Isnin

Pendidikan Islam (Kertas 2)

Pendidikan Islam (Kertas 1)

08.11.11

Selasa

Mathematics (Kertas 2)

Mathematics (Kertas 1)

09.11.11

Rabu

Sejarah (Kertas 2)

Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1

10.11.11

Khamis

Bahasa Inggeris (Kertas 2)

Bahasa Inggeris (Kertas 1)

11.11.11

Jumaat

Bahasa Melayu (Kertas 2)

Pendidikan Seni Visual – Teori Seni (1)

Bahasa Melayu (Kertas 1)

12.11.11

Sabtu

Bahasa Inggeris (Kertas 2)

Bahasa Inggeris (Kertas 1)

Sejarah

13.11.11

Ahad

Bahasa Melayu (Kertas 2)

Pendidikan Seni Visual ((1)

Bahasa Melayu (Kertas 1)


Catatan :

Jadual ini boleh diubah suai mengikut keperluan dan kesukaran.

Pada malam hari peperiksaan baca subjek keesokan harinya.

Selamat Maju Jaya

kepada semua calon SPM!!!