TEKNIK MENJAWAB SOALAN
A. SOALAN ESEI
BACA ARAHAN DENGAN TELITI
- Garis bilangan soalan yang perlu dijawab BACA SEMUA SOALAN
- Jangan mula menjawab sehingga selesai membaca setiap soalan.
TANDAKAN SEMUA SOALAN YANG DAPAT DIJAWAB
PILIH SOALAN YANG BENAR-BENAR BOLEH JAWAB
- Anda dikehendaki menjawab 4 soalan.
- Walaupun anda tahu jawapan bagi 6 soalan, pilih 4 soalan yang anda benar-benar yakin jawapan yang tepat, bernas, jitu dan memberi pulangan markah tertinggi.
- Potong 2 soalan yang lain
AGIH MASA DENGAN TEPAT
- Jika anda diberi masa dua setengah jam bagi menjawab 4 soalan.
- Peruntukan masa bagi setiap soalan adalah selama 30 minit.
- Baki masa adalah untuk menulis butir diri, membaca arahan, membaca soalan dan menyemak semula jawapan.
JAWAB SOALAN MENGIKUT MASA YANG DIPERUNTUKAN
- Jika telah cukup peruntukan masa, beralih kepada soalan lain.
- Markah telah ditentukan bagi setiap soalan.
- Walau panjang jawapan anda, markah bonus tidak akan diberi.
MULAKAN MENJAWAB SOALAN PALING MUDAH
- Gariskan kata-kata penting seperti huraikan, bincangkan, terangkan, nyatakan, apakah sebab-sebab, berdasarkan jadual, merujuk kepada contoh dan seumpanya.
- Apabila soalan memerlukan jawapan berdasarkan jadual atau gambar rajah, penjelasan anda perlu merujuk jadual ataupun gambar rajah itu.
BUAT RANGKA JAWAPAN
- Selepas siap rangka jawapan,semak sekali lagi kehendak soalan.
- Jika tepat, teruskan dengan jawapan lengkap.
JANGAN SALIN JADUAL,GAMAR RAJAH ATAU PETA
- Jadual, gambar rajah ataupun peta tidak perlu disalin semula jika fakta-fakta dalam jadual, gambar rajah ataupun peta sudah dinyatakan dalam teks jawapan.
BERI CONTOH-CONTOH KHUSUS
- Cuba beri contoh-contoh khusus apabila fakta yang diberi adalah kabur.
PENGENALAN DAN RUMUSAN PENDEK
- Elakkan daripada memberikan pengenalan dengan panjang lebar.
- Rumusan yang mengandungi isi-isi ulangan juga tidak diperlukan.
TULISAN KEMAS
- Tulis mudah dibaca.
- Ejaan betul.
- Perkataan atau istilah tepat dan bersesuaian.
- ‘Persembahan jawapan’ mempengaruhi emosi pemeriksa.
SEMAK JAWAPAN
- Gunakan 5 minit pada hujung peperiksaan untuk menyemak jawapan.
- Tuliskan sahaja apabila timbul idea baru pada mana-mana bahagian teks jawapan yang relevan.
SUSUN KERTAS JAWAPAN
- Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan.
- Anda memudahkan pemeriksa menandakan skrip jawapan anda.
IKAT KERTAS JAWAPAN
- Pastikan semua helaian kertas jawapan diikat dengan kemas dan dihantar.
- Jangan sia-siakan hasil kerja atau usaha anda.
- Setiap jawapan mampu memberikan markah walaupun sepotong ayat.
- Setiap markah mempunyai erti besar yang menentukan sama ada anda memperolehi A ataupun B.
Baca ke semua pilihan jawapan
Jangan memilih secara TERGESA-GESA, INGAT, PILIH JAWAPAN YANG BETUL
Langkah pertama, potong pilihan jawapan yang salah
Baki jawapan mungkin dua sahaja. Cara ini memudahkan pemilihan jawapan
PERHATIKAN JAWAPAN DENGAN TELITI DAN TERPERINCI
- Perhatikan panjang dan pendek pilihan jawapan yang diberi
- Kebiasaannya yang panjang itulah jawapan yang betul
CARA MUDAH MELIHAT JAWAPAN SALAH - KIRA-KIRA SELALUNYA
- Perhatikan penggunaan perkataan seperti kira-kira , selalunya dan biasanya
- Pembentukan jawapan yang salah adalah tidak teliti
LEBIHKAN PERHATIAN KEPADA SOALAN – BUKAN ATAU KECUALI
- Tumpuan yang lebih harus diberi kepada soalan yang mengandungi perkataan bukan atau kecuali
- Kamu perlu mencari jawapan yang tidak benar
BUAT SOALAN SENANG DAHULU, TINGGALKAN SOALAN SALAH
- Untuk MENJIMATKAN MASA - Jawab Soalan senang dahulu.
- KEMUDIAN di akhir peperiksaan, baru jawab soalan yang susah
TAHUKAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN BENTUK PENDEK YANG BETUL?
- Baca setiap soalan yang diberi dengan teliti. Jangan menjawab soalan dahulu.
- Setelah dibaca, fahamkan kehendak setiap soalan. Pemahaman soalan boleh mengelakkan memberi jawapan yang salah
- Jangan sekali-kali meneka atau menembak soalan. Dalam peperiksaan, satu markah pun penting
TAHUKAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN BENTUK PENDEK YANG BETUL?
- Setelah benar-benar faham, bolehlah mula menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
- Tandakan jawapan yang benar-benar betul. Kehendak soalan perlulah ditepati.
- Jangan memberi jawapan yang panjang. Memadai dengan ayat yang ringkas dan padat
BAGAIMANA SUDAH FAHAM?
Jika sudah praktikkan setiap teknik yang diberi kerana:
TAHU SAJA TIDAK MENCUKUPI, tetapi MESTI DI AMALKAN untuk MENENTUKAN PENCAPAIAN KAMU
No comments:
Post a Comment