Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah.. Syukur di atas segala limpah kurnianya.. Pada tanggal 15 Ogos yang lalu genaplah usia saya 56 tahun.. Syukur.. Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan ke hadrat-Nya kerana Dia banyak mempermudahkan segala urusan hidup saya sepanjang di atas lantai bumi yang kian usang ini..
Pada tarikh 14 Ogos 2012, seperti yang telah termaktub sebagai suratan dunia ini, maka sampailah saat untuk saya berpisah dengan kerjaya yang amat saya cintai ini.. Iyalah, bukan mudah sebenarnya bergelar seorang guru.. Pelbagai onak cabaran yang perlu saya tempuhi sepanjang bergelar pendidik demi membantu anak bangsa kita agar menjadi modal insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.. InsyaAllah..
Saya cuba untuk masukkan video yang ditayangkan semasa majlis persaraan saya baru-baru ini.. Tetapi ada sedikit ralat yang berlaku.. InsyaAllah saya akan masukkan pada entri berikutnya nanti..
Buat anak-anak Mahkota, teruskan berhubung dengan saya.. Sama ada melalui blog, mahupun telefon bimbit .. InsyaAllah selagi ada nafas dan daya upaya, saya akan sentiasa mencuba untuk membantu anak-anak Mahkota dalam usaha menjadi manusia yang berguna di dunia dan di akhirat.. InsyaAllah..
Salam Sayang..
No comments:
Post a Comment