1.
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan
adab dan budi pekerti – Hukama’
2.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari
jalan. Jika anda tidak mahu membuat
sesuatu, anda akan cari alasan. –
Peribahasa Arab
3.
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi
sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
4.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih
mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richar Brinsley Sheridan
5.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri
seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
6.
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa
sahaja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
7.
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada
bangun tidur dengan banyak hutang.
8.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya
kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan
adab.
9.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel
Johnson
10.
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh
musuh.
11.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanyalah sekali.
12.
Hidup biar berbakti, walaupun tidak dipuji.
13.
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
14.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.
15.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak
diperlukan lagi.
16.
Barang siapa menyebarluaskan berita-berita
kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
17.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi
tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
18.
Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang
bekerja diam-diam sahaja.
19.
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah
kepada Allah. – Surah Ali Imran : 159
20.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
No comments:
Post a Comment